My Add

Sunday 27 January 2013

KDN miliki lebih 3.7 juta sukarelawan

JOHOR BAHRU, AHAD, 27 Januari, 2013: Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini mempunyai lebih 3.7 juta sukarelawan terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi kerajaan yang mampu digerakkan dalam menjayakan aktiviti gelombang kesukarelawanan di negara ini.

Sukarelawan berkenaan antaranya menyertai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara dan Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) dan Polis Sukarelawan Simpanan (PVR).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1.14 juta terdiri daripada Skuad Muda KDN yang ditubuhkan bagi memberi platform kepada golongan muda melibatkan diri dalam usaha tersebut.

Menurutnya, usaha menubuhkan Skuad Muda KDN itu bagi memperkasakan gerakan kesukarelawanan yang diyakini mampu menjadi pemangkin gelombang sukarelawan dan khidmat masyarakat melibatkan tenaga golongan muda. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment