My Add

Friday 11 January 2013

Kenyataan Khalid diselar

Oleh SYUKRI SHAARI

*PENDUDUK beratur mengambil air menggunakan tong yang diedarkan secara percuma oleh Gerakan Prihatin Rakyat Selangor melalui Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan di Flat Pandan Jaya, Ampang, semalam.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang krisis air di Lembah Klang 'memberi kedudukan lebih baik dan menggembirakan' Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diselar persatuan pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, krisis air yang berlaku sehingga menjejaskan setengah juta pengguna di ibu kota bukanlah perkara yang boleh dipolitikkan.

Sambil melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan seumpama itu, Jacob mengingatkan Abdul Khalid supaya tidak mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku itu untuk kepentingan parti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment