My Add

Friday 11 January 2013

Selangor tidak boleh ambil alih Syabas

PUTRAJAYA, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) ekoran krisis bekalan air yang berlaku di 90 kawasan di sekitar ibu kota.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, tindakan itu bercanggah dengan syarat yang termaktub ketika syarikat konsesi bekalan air tersebut dilantik mengurus dan mentadbir air di Selangor pada 2004.

Katanya, sebarang penamatan kontrak tanpa persetujuan Syabas boleh menyebabkan kerajaan negeri disaman.

“Mereka tidak boleh paksa atau rampas kuasa kecuali Syabas setuju dan perlu membuat rundingan terlebih dahulu.

“Tetapi ingin saya beri tahu kepada Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang Kerajaan Pusat tidak pernah halang kerajaan negeri untuk ambil alih kerana Kerajaan Pusat tidak mempunyai sebarang ekuiti di dalam Syabas kecuali golden share untuk membuat pemantauan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment