My Add

Thursday 17 January 2013

Kerajaan Pas Kedah didesak buat kenyataan jelas

ALOR SETAR, RABU,16 Januari, 2013: Kerajaan Pas Kedah didesak membuat pengumuman jelas berhubung garis panduan persembahan hiburan terbuka sempena Tahun Baharu Cina 2013 kerana panduan itu masih tergantung dan samar.

Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang berkata, meskipun Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan persembahan itu dibenarkan dengan tertakluk kepada pemakaian sopan, kenyataan tersebut tidak secara khusus membatalkan semua syarat lain dalam garis panduan berkenaan.

"Kerajaan Pas Kedah mesti membuat ketetapan akhir dan bukannya keputusan sementara yang tidak jelas. Sebuah kerajaan negeri sepatutnya mempunyai polisi yang jelas dan tetap tetapi dalam isu ini masih samar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kontroversi garis panduan persembahan hiburan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib untuk acara sambutan Tahun Baharu Cina 1Malaysia 2013 di Star Walk di sini pada 15 Februari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment