My Add

Thursday 17 January 2013

Pendirian Majlis Syura Ulama Pas tamparan buat Guan Eng

KUALA LUMPUR, RABU, 16 Januari, 2013: Pendirian Majlis Syura Ulama Pas bahawa kalimah Allah hanya untuk orang Islam disifatkan sebagai tamparan hebat kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang sebelum ini menuntut kerajaan membenarkan kalimah suci itu digunakan dalam dalam Bible versi bahasa Melayu.

Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, ekoran keputusan itu juga Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga kini terus membisu.

"Sudah tiga hari Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan tidak membolehkan terjemahan perkataan God atau Lord daripada mana-mana kitab agama bukan Islam kepada kalimah Allah kerana salah dari segi makna.

"Namun, Setiausaha Agung kesayangan DAP itu diam membisu kerana telah masuk ke dalam perangkap yang dipasangnya sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment