My Add

Wednesday 16 January 2013

Kerajaan Pas Kedah tidak peduli bantahan, berkeras tebang balak

JERAI, SELASA, 15 Januari, 2013: Kerajaan Pas Kedah tetap tidak mempedulikan kebimbangan pelbagai pihak akibat aktiviti pembalakan di negeri ini apabila terus berkeras untuk meneruskan projek pembangunan tanah hutan seperti yang dirancang.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri tidak boleh menarik semula keputusan meneroka hutan berhampiran Tasik Pedu bagi tujuan projek agropelancongan kerana proses penebangan balak di situ sudah pun selesai dan kini di peringkat penanaman buah-buahan.

Kata beliau, Kerajaan Pas Kedah juga tetap mahu meneruskan rancangan meneroka sekurang-kurangnya lebih 1,000 hektar lagi hutan di sekitar negeri ini bagi tujuan pembangunan tanah dengan memberikan alasan kononnya akan dibuat mengikut peraturan.

"Kita akan tebang tapi akan cari kawasan lain, bukan di Pedu. Setelah berunding dengan Jabatan Perhutanan, kita tebang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan penanaman pokok peringkat daerah Yan di Kampung Permatang Buluh, Yan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment