My Add

Thursday 3 January 2013

Kerajaan rugi RM2.63j akibat banjir melanda sekolah Pantai Timur

HULU TERENGGANU, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Kerajaan menanggung kerugian kira-kira RM2.63 juta akibat bencana banjir yang melanda beberapa sekolah di pantai timur, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata Terengganu mencatat kerugian tertinggi iaitu RM1.9 juta membabitkan 39 sekolah, diikuti Kelantan (RM424,900 dengan 34 sekolah) dan Pahang (RM309,650 membabitkan sebuah sekolah).

Beliau ditemui pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan di sini, yang memulakan hari pertama sesi persekolahan 2013 hari ini.

Kelewatan itu disebabkan sekolah berkenaan terbabit banjir. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment