My Add

Friday 18 January 2013


Kes denggi di Selangor tertinggi

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Selangor terus mencatat jumlah kes demam denggi tertinggi dengan 470 kes dan satu kematian direkodkan dari awal tahun ini hingga 12 Januari lalu.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memberitahu, catatan tertinggi itu diikuti Johor dengan 104 kes, Sarawak (83), Perak (67) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya (56).

Lima negeri yang menunjukkan peningkatan ketara berbanding tempoh sama tahun lalu ialah Sarawak dengan 56 kes (207 peratus), Sabah 34 (213 peratus), Johor 28 (37 peratus), Kelantan 13 (35 peratus) dan Negeri Sembilan 5 (31 peratus).

''Dalam tempoh minggu kedua tahun ini, sebanyak 61 kes (43 peratus) daripada 142 daerah telah mengalami peningkatan kes.

''Sejak November tahun lalu telah berlaku peningkatan lokaliti wabak sebanyak 79 peratus iaitu daripada 48 lokaliti kepada 86 lokaliti pada Januari 2013," kata kenyataan itu.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment