My Add

Friday 18 January 2013

Polis akan panggil penganjur beri keterangan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil penganjur Himpunan Shamsidar dalam tempoh terdekat ini bagi memberi keterangan berhubung pelanggaran beberapa syarat yang dipersetujui ketika mengadakan perhimpunan tersebut di ibu negara Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, keterangan itu diperlukan kerana pelanggaran syarat oleh para peserta himpunan di bawah tanggungjawab penganjur.

"Kertas siasatan telah dibuka kerana perhimpunan itu didapati telah melanggar beberapa syarat yang dipersetujui.

"Kita telah mengarahkan agar penganjur untuk dipanggil kerana itu adalah tanggungjawab mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri seminar anjuran jabatannya di pusat beli-belah Sogo, di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment