My Add

Wednesday 16 January 2013

Kes saman Anwar terhadap Khariy diselesai di luar mahkamah

KUALA LUMPUR, RABU,: 16 Januari, 2013 Kes saman fitnah RM100 juta yang difail Datuk Seri AnwarIbrahim terhadap Khairy Jamaluddin pada 7 September 2007 diselesaikan hari ini selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam ketika kes disebut di depan beliau.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan (Khairy) bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan.

"Tiada perintah untuk kos," katanya.

Hakim Su turut berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menjimatkan masa mahkamah.

Perbicaraan kes itu yang bermula semalam sepatutnya disambung hari ini.

Anwar dalam samannya mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda UMNO, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang disiar media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment