My Add

Thursday 10 January 2013

Kos amah Indonesia RM6,700 oleh Papa tidak sah - Pikap

KUALA LUMPUR, RABU, 09 Januari, 2013: Penetapan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia sebanyak RM6,700 berkuat kuasa serta-merta seperti yang diumumkan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) minggu lalu tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan kerajaan.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap), Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata, sebagai antara badan yang terlibat dengan beberapa siri perjumpaan bersama Kementerian Sumber Manusia berhubung isu itu, kos tersebut hanya cadangan Papa dan belum dimuktamadkan.

"Saya hairan dengan tindakan Papa itu seolah-olah mereka berkuasa membuat keputusan.

"Pikap hanya akan akur kepada keputusan kerajaan dalam isu kos pengambilan pembantu rumah asing kerana melibatkan banyak pihak khususnya kerajaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment