My Add

Thursday 10 January 2013

Majlis Fatwa wartakan Panji Langit ajaran sesat

MELAKA 9 Jan. - Majlis Fatwa negeri telah mewartakan ajaran Panji Langit yang menjalankan kegiatan di sebuah rumah di Chabau, Jasin dekat sini yang diserbu pihak berkuasa pada 5 Januari lalu sebagai ajaran sesat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Mohd. Zain Mansor berkata, Jawatankuasa Majlis Fatwa negeri yang bersidang sebelum ini telah mewartakan Panji Langit sebagai ajaran sesat pada 4 Disember lalu.

Menurutnya, ajaran tersebut didalangi seorang lelaki berusia 46 tahun berselindung di sebalik kegiatannya sebagai pengamal perubatan tradisional yang berupaya menyembuhkan pelbagai penyakit.

Beliau berkata, selain lelaki tersebut, seorang bekas imam dua di salah sebuah masjid terkenal di negeri ini adalah salah seorang yang turut cuba menyebarkan ajaran tersebut.

"Lelaki ini mendakwa dia boleh bercakap dengan iblis dan menjadi perantara dengan malaikat Jibril di samping itu juga dia turut meramalkan kiamat akan berlaku pada 21 Disember.

"Di samping itu, dia turut mendakwa diutus untuk membunuh dajal dan juga pemegang takbir pembinasa dajal.

"JAIM telah membuat siasatan dan mendapati ajarannya menyimpang jauh daripada akidah Islam sebenarnya,'' katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment