My Add

Monday 14 January 2013

L. Ramli makin sihat selepas tiga minggu di HTAR
 *DARI kiri) Nash, Datuk M. Nasir, Mas Omar dan DJ. Dave sewaktu melawat L. Ramli yang dirawat di HTAR, Klang, semalam.
KUALA LUMPUR, AHAD, 13 Januari, 2013: Penyanyi irama Pop Yeh Yeh yang popular dengan lagu Dara Pujaan, L. Ramli atau nama sebenarnya Ramli Lazim telah hampir tiga minggu dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Ramli, 71, dimasukkan ke HTAR kerana komplikasi jantung bengkak, pendarahan beku di paru-paru dan batu karang.

Menurut Ramli, beliau mula dimasukkan ke hospital itu sejak Hari Krismas lalu selepas mengadu sesak nafas sebaik sahaja selesai solat subuh.

“Alhamdulillah, keadaan saya kini semakin stabil, namun kaki masih sakit dan tidak boleh berjalan serta memerlukan rawatan fisioterapi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment