My Add

Friday 25 January 2013

Lagi demonstrasi penduduk bantah tindakan DAP

*PENUNJUK perasaan memijak gambar roket lambang DAP semasa demonstrasi di Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/IRWAN MAJID

KOTA BHARU, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Lebih 50 penduduk Islam termasuk penyokong Pas di negeri ini hari ini membantah tindakan DAP yang masih berkeras mahu kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu meskipun keputusan telah dibuat bahawa kalimah itu adalah eksklusif untuk penganut agama Islam.

Bantahan yang disuarakan dalam satu demonstrasi aman turut berikrar akan mempertahankan agama Islam daripada terus dihina dan dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Demonstrasi itu turut dijadikan platform mendesak Pas supaya keluar daripada pakatan pembangkang ekoran keengganan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mematuhi keputusan Majlis Syura Ulama baru-baru ini berhubung penggunaan kalimah itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment