My Add

Sunday 27 January 2013

Lagi rakyat Malaysia maut

Oleh MD. AZRIN ROSLY

*TANT Ping Wee - ihsan CHINA PRESS

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Januari, 2013: Kedutaan Besar Malaysia di Algiers mengesahkan seorang lagi rakyat Malaysia, Tan Ping Wee yang menjadi tebusan dalam insiden di kompleks cari gali minyak di In Amenas, Algeria telah terbunuh.

Menurut laporan tersebut, mayat Ping Wee dikenal pasti oleh pasukan forensik melalui rekod pergigian dan pengesahan cacah pada badannya oleh keluarga mendiang.

Sejurus selepas pengesahan tersebut, Wisma Putra telah memaklumkan kepada ahli keluarganya.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga mendiang.

 ketika ini, Kedutaan Malaysia dan JGC Corp sedang menguruskan untuk membawa pulang mayat Ping Wee bersama mayat yang dikenal pasti terlebih dahulu, Chong Chung Ngen dengan kadar segera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment