Oleh HELMI MOHD. FOAD
SHAH ALAM, ISNIN, 31 Disember, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini bersama lebih 20,000 rakyat pelbagai kaum meraikan sambutan Tahun Baharu 2013 dengan seruan meminta rakyat menyematkan azam membuat perubahan ke arah masa depan yang lebih baik.
Beliau bersama-sama barisan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) mahu seluruh rakyat menebus kembali kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dengan membawa kembali kerajaan BN memerintah negeri ini.
Tegasnya, rakyat negeri ini perlu memberikan sokongan kepada kerajaan BN dan calon-calon parti itu yang akan diketengahkan dalam pilihan raya umum akan datang.
Dengan memberikan analogi, Muhyiddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sebuah lokomotif yang sudah sedia berada di landasannya untuk menggerakkan gerabak kereta api bagi membawa Malaysia menjadi negara maju pada 2020.
"Jadi rakyat perlu bersama-sama dalam gerabak yang dibawa oleh BN. Dengan semangat yang berkobar-kobar, semoga fajar 2013 memberikan harapan dan semangat yang lebih tinggi.
"Apabila fajar tahun baharu menyingsing, usaha yang dilakukan diteruskan dan apabila tiba pilihan raya umum kita harap semua rakyat yang berhak menjadi pengundi pada waktu itu, kita tentukan BN kembali mentadbir Selangor," katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Tahun Baharu sempena Karnival Sayangi Selangor di i-City di sini malam ini.
Karnival selama empat hari yang berlangsung sejak Sabtu lalu berjaya menarik kira-kira setengah juta pengunjung melibatkan pelbagai lapisan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.
Karnival edisi kedua itu ternyata menjadi bukti betapa tinggi tahap sokongan rakyat dan harapan mereka untuk BN kembali memerintah negeri ini.
Pada majlis sambutan itu, sebanyak 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai 5,000 ahli mengumumkan sokongan dengan menjadi Rakan BN.
Yang turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed; Naib Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai; Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Naib Presiden Gerakan, Datuk Kohilan Pilay.
Muhyiddin berkata, BN yang berazam untuk menamatkan penindasan dan sikap tidak menepati janji kerajaan yang dipimpin parti pembangkang di negeri ini akan menyediakan satu manifesto khas bagi membela nasib seluruh rakyat Selangor.
"Insya-Allah segala janji dalam manifesto itu akan kita laksanakan. Kita harap BN diberikan peluang kembali memerintah, kita akan selesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat Selangor seperti masalah bekalan air," katanya.
Beliau turut melahirkan rasa bangga kerana setiap kali turun padang ke negeri ini termasuk dalam program yang dihadiri oleh Perdana Menteri, sambutan yang diberikan oleh rakyat amat memberangsangkan.
Namun katanya, beliau berasa ragu dengan kepimpinan pembangkang di negeri ini di bawah teraju Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dinasihatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tidak menunjukkan sebarang usaha untuk memartabatkan hidup rakyat negeri ini pada kedudukan tinggi seperti diharapkan.
"Apa yang kita dengar banyak masalah dan isu serta perbalahan politik yang berlarutan seperti masalah air yang belum selesai, banyak korupsi dan rakyat menanggung sengsara dan peniaga pula menderita," katanya.
Muhyiddin turut meminta rakyat menyedari bagaimana keadaan parti pembangkang yang sentiasa bertelagah dalam soal dasar sesama mereka seperti Pas dan DAP yang bergaduh sepanjang masa. - UTUSANM

No comments:
Post a Comment