My Add

Tuesday 1 January 2013

PRU-13 medan ibadah, jihad umat Islam

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Disember, 2012: Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi bakal menjadi medan ibadah dan jihad yang paling besar untuk umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, ini kerana umat Islam dan orang Melayu kini berhadapan dengan pelbagai isu besar yang belum boleh ditangani dengan segera oleh banyak pihak.

“Melihat pada kebangkitan dan perpaduan orang bukan Islam dan permainan serta pertembungan politik yang tidak sihat dalam kalangan parti-parti politik utama Melayu sehingga menimbulkan perpecahan umat, menjadikan ramai orang runsing dan risau dengan masa depan Islam dan nasib bangsa Melayu di tanah air sendiri," ujarnya.

Dalam kenyataan akhbar di sini hari ini, beliau berkata, suasana itu telah menyebabkan penganalisis politik melihat akan berlakunya pertambahan yang mendadak terhadap jumlah pengundi atas pagar pada pilihan raya umum akan datang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment