My Add

Friday 25 January 2013

Langkah baharu rangsang sektor keluli - MISIF


*PELAKSANAAN cukai terhadap 18 gred keluli yang diimport berkuat kuasa
1 Februari ini dijangka dapat merangsang sektor keluli tempatan - REUTERs

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF) menyambut baik langkah-langkah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi industri besi dan keluli.

"MISIF mengalu-alukan dan menyokong penuh langkah tegas yang diambil oleh MITI. Kami yakin langkah-langkah begini akan menggalakkan lagi pembangunan industri keluli tempatan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut MISIF, persatuan itu terlibat dengan giat dalam Kajian mengenai Peningkatan Daya Saing Industri Besi dan Keluli di Malaysia kendalian Boston Consulting Group dan perbincangan-perbincangan susulan berikutnya oleh MITI mengenai cadangan-cadangan yang diperoleh daripada kajian itu.

MISIF juga menyambut baik langkah kerajaan untuk menubuhkan Majlis Keluli Malaysia dan Institut Keluli Malaysia.

Semalam MITI mengumumkan bahawa 18 gred import keluli tidak akan lagi menikmati pengecualian cukai berkuat kuasa 1 Februari.

Ia juga akan menghentikan pengeluaran Sijil Kelulusan Sementara (TCOA) dalam masa 30 hari mulai 22 Januari, dan syarikat-syarikat yang menggunakan TCOA pada masa ini mungkin dipertimbangkan bagi pemeriksaan laluan pantas bagi tempoh enam bulan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment