My Add

Friday 4 January 2013

Latihan air PLKN diteruskan

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Semua latihan dan aktiviti air yang digantung dalam kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun lalu akan dimulakan semula pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, bagaimanapun aktiviti tersebut akan hanya dijalankan dalam kolam renang.

"Aktiviti air adalah wajib dalam modul PLKN, sebab itu kita perlu mulakan semula pada tahun ini.

"Bagi tujuan keselamatan dan kesihatan serta risiko jangkitan virus kencing tikus, aktiviti itu hanya akan dijalankan di kolam renang," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Pergerakan Para Pelatih PLKN di Wangsa Maju di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melepaskan seramai 2,089 orang pelatih yang menaiki 49 bas untuk menghantar para pelatih ke kem-kem PLKN. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment