My Add

Saturday 12 January 2013

Mahhmoud Abbas tolak tawaran Israel

RAMALLAH, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata, beliau menolak tawaran Israel yang bersedia menempatkan pelarian Palestin yang berada di Syria di Tebing Barat dan Genting Gaza, dengan syarat pelarian terbabit menggugurkan tuntutan mereka ke atas wilayah terbabit.

Beliau berkata, tawaran itu akan mengganggu tuntutan ke atas kawasan yang dirampas rejim Zionis Israel itu.

Abbas berkata, pihaknya meminta Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pada bulan lepas membantu mendapat kebenaran Israel membawa pulang rakyat Palestin yang berada di Syria ekoran konflik di negara itu.

Beliau berkata, Ki-moon dimaklumkan bahawa Israel bersetuju dengan permintaan Abbas itu tetapi dengan syarat setiap pelarian perlu menandatangani perjanjian bahawa mereka tidak mempunyai hak ke atas wilayah tersebut.

''Jadi, kami menolaknya (tawaran itu) dan menyatakan bahawa mereka (pelarian Palestin di Syria) lebih baik mati di Syria daripada menyerahkan hak untuk pulang ke tanah air sendiri,'' katanya.

Beberapa kenyataan Abbas itu disiarkan oleh laman web berita Palestin, Sama semalam.

Pelarian Palestin di Syria merupakan beratus ribu waris dan penduduk Palestin yang melarikan diri atau dihalau dari Palestin ketika perang 1948 yang menyaksikan penubuhan negara Israel.

Jumlah penduduk Palestin dan waris mereka di Syria kini mencecah beberapa juta orang.

Pegawai di Kementerian Luar Israel dan Pejabat Perdana Menteri enggan mengulas kenyataan itu. - AGENSI

No comments:

Post a Comment