My Add

Monday 7 January 2013

Mahani Tan dilantik Ketua Pengarah BPA baharu

PUTRAJAYA, ISNIN, 07 Januari, 2013: Datin Mahani Tan Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam yang baharu berkuat kuasa 1 Januari lepas.

Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sejak 2007, menggantikan Datuk Dr Tam Weng Wah.

Mahani, 57, mengambil alih tempat Dr Tam yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, menurut Biro Pengaduan Awam dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain berkhidmat di KPDNKK, beliau pernah dilantik sebagai Pengarah Institut Pengupayaan Wanita bagi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW) serta Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment