My Add

Monday 7 January 2013

Ribut Sunamo : Penduduk pesisir pantai usah panik

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 07 Januari, 2013: Penduduk pesisir pantai diminta tidak terlalu panik berikutan amaran ribut tropika Sunamo dengan kelajuan lebih 100 kilometer sejam yang bakal melanda Pantai Timur esok.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Tajul Ariffin Muhamad berkata, perkara itu berikutan ribut yang berpusar di perairan Laut China Selatan tersebut semakin menjauhi persisiran pantai Pantai Timur selain semakin reda.

Menurutnya, ribut itu juga hanya akan menyebabkan fenomena biasa dengan angin kencang serta hujan lebat dan bukannya taufan seperti yang digembar-gemburkan.

Bagaimanapun jelas beliau, ribut tropika itu difahamkan boleh mengakibatkan negeri itu dilanda banjir gelombang ketiga yang lebih besar berbanding bencana sebelum ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment