My Add

Thursday 10 January 2013

Majlis Peguam didakwa heret pelajar IPT?

KUALA LUMPUR, RABU, 09 Januari, 2013: Majlis Peguam diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan badan itu telah menghasut penuntut fakulti perundangan di institusi pengajian tinggi (IPT) dan ahli-ahlinya untuk menyokong Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, maklumat yang diperoleh mendakwa gerakan itu sedang giat dijalankan oleh Majlis Peguam.

"Saya mendapat maklumat Majlis Peguam telah membuat gerakan mengajak para penuntut fakulti perundangan di semua IPT memberi sokongan kepada Himpunan Shamsidar.

"Jadi, sama ada benar atau tidak maklumat ini, saya mahu Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee menjawab dakwaan berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, seandainya dakwaan itu benar, tindakan tersebut sangat mengecewakan memandangkan Majlis Peguam sepatutnya bertindak menegak keadilan dan bukan sebagai alat kepada DAP. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment