My Add

Wednesday 23 January 2013

Malaysia tawar bantuan jayakan pelan damai Hamas-Fatah


GAZA, SELASA, 22 Januari, 2013: Malaysia hari ini menawarkan bantuan untuk menjayakan pelan perdamaian Hamas-Fatah ke arah penyatuan rakyat Palestin.

Tawaran disampaikan ketika ucapan Datuk Seri Najib Razak dalam majlis menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat daripada Universiti Al-Quds, sebentar tadi.

Najib berkata, Malaysia menyokong sebarang usaha perdamaian kerana yakin hanya penyatuan dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran.

"Jika diperlukan, Malaysia sebagai sahabat rakyat Palestin, sedia membantu menjayakan pelan perdamaian dalam apa cara yang boleh kita lakukan," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment