My Add

Thursday 10 January 2013

 50 marsyal bersama petugas media sepanjang himpunan KL112

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Polis memperuntukkan 50 marsyal bagi menjamin keselamatan pengamal media yang bertugas ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 di Stadium Merdeka, Sabtu ini.

Komander Unit Simpanan Persekutuan Polis Diraja Malaysia (FRU-PDRM), SAC Datuk Abdul Hamid Mohd Ali, berkata langkah bertujuan mengurangkan kemalangan ke atas petugas media.

“Kami mahu mewujudkan persekitaran selamat kepada semua pihak. Apa yang penting kami boleh menjalankan tugas kami, dalam pada masa sama anda (media) juga dapat menjalankan tugas dengan baik.

“Kita tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti sebelum ini (BERSIH 3.0), di mana terdapat petugas media cedera,” katanya ketika Taklimat Polis bersama Media dan penyerahan kad pengenalan khas Media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata, pengamal media yang bertugas diwajibkan memakai kad pengenalan khas media Polis bagi membantu pasukan marsyal mengenal pasti dan mengiringi mereka untuk melakukan liputan dengan selamat. - BH

No comments:

Post a Comment