My Add

Saturday 19 January 2013

Masalah air berterusan sekiranya tiada loji baharu

KUALA LUMPUR, SABTU, 19 Januari, 2013: Masalah air di Selangor tidak akan selesai sekiranya tiada pembinaan loji air baharu atau penambahbaikan loji sedia ada.

Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail berkata, krisis air yang berlaku di negeri itu ketika ini merupakan tanda-tanda awal masalah air yang lebih besar boleh berlaku pada masa hadapan.

Katanya, walaupun krisis itu sudah dapat diminimumkan, tetapi pihaknya khuatir masalah kekurangan bekalan air akan terus berlaku di negeri berkenaan berikutan tiada pembinaan loji baharu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment