My Add

Saturday 5 January 2013

Mayat nelayan yang hilang di perairan Batu Payung ditemui

TAWAU, SABTU, 05 Januari, 2013: Mayat seorang daripada dua nelayan yang dilapor hilang selepas terjatuh daripada perahu mereka ketika memancing di kawasan perairan Batu Payung semalam, ditemui hari ini.

Mayat Zulkarnain Jabir, 27, ditemui oleh orang ramai pada jam 7.31 pagi,
tidak jauh dari lokasi dia dilihat pada kali terakhir. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Frezek ketika dihubungi berkata, pasukan mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai agensi dan dibantu nelayan tempatan kini meneruskan usaha mencari seorang lagi nelayan, Awang Suhaili Sahillah, 23.

Zulkarnain dan Awang Suhaili dilapor keluar memancing antara jam 10 pagi
dan 2 petang semalam sebelum mereka dilapor hilang.

Malam tadi, Pembantu Menteri Kewangan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan melawat keluarga nelayan berkenaan dan menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Beliau mengingatkan nelayan supaya sentiasa berwaspada dan mengikut arahan
pihak berkuasa selain perlu mengikuti perkembangan semasa sebelum turun
ke laut demi keselamatan mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment