My Add

Monday 21 January 2013

Mercun, bunga api seludup RM500,000 dirampas

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

 *KOMANDER Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan, Rosli Karim (dua dari kiri) bersama anggotanya menunjukkan pelbagai mercun dan bunga api yang dirampas di Pejabat UPP di Rantau Panjang, Kelantan hari ini. - UTUSAN

RANTAU PANJANG, ISNIN, 21 Januari, 2013: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan menumpaskan cubaan satu sindiket menyeludup pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai hampir RM500,000 dalam satu serbuan di Kampung Bunut Payung, Kota Bharu, kira-kira pukul 5 petang semalam.

Komander UPP Kelantan, Rosli Karim memberitahu, bertindak atas maklumat sepasukan 10 pegawai dan anggotanya menyerbu sebuah lori yang diletakkan berhampiran sebuah bangsal lama di kampung berkenaan.

Menurutnya, ketika serbuan terdapat tiga lelaki dipercayai sedang melakukan kerja-kerja memunggah kotak-kotak mercun ke dalam lori berkenaan sebelum meloloskan diri ke dalam semak berhampiran sebaik melihat kelibat anggota UPP.

"Hasil pemeriksaan terhadap lori tersebut kita telah menemui lebih 400 kotak berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api buatan China yang diseludup dari Thailand sebelum dibawa masuk ke negara ini melalui beberapa pangkalan haram.

"Modus operandi yang digunakan adalah lori berkenaan ditinggalkan di kawasan tersebut sebelum kenderaan-kenderaan kecil seperti kereta dan pacuan empat roda digunakan untuk mengangkut mercun tersebut dari sempadan sebelum diisi ke dalam lori," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment