My Add

Saturday 5 January 2013

Mujahid pernah sokong guna kalimah Allah - JMPP

PULAU PINANG, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) mendakwa Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa pernah secara peribadi menyuarakan sokongan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.

Pengerusinya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, beliau mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video tentang perkara itu yang diperoleh ketika pemimpin Pas itu menyertai satu dialog agama di sebuah gereja di Seberang Perai, dua tahun lalu.

Menurutnya, ketika itu, isu ini baharu tercetus sebelum dibangkitkan semula oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini.

''Sehubungan itu, JMPP mahu beliau membuat kenyataan rasmi sama ada menafikan atau tidak perkara ini.

"Jika Mujahid nafikan, saya akan dedahkan bukti video yang menunjukkan pengakuan beliau secara peribadi menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Skuad Mencari Guan Eng di Masjid Kapitan Keling selepas solat Jumaat, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment