My Add

Saturday 5 January 2013

Jabatan agama Islam perlu tegas - Perkasa

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa jabatan agama Islam negeri-negeri untuk menguatkuasakan enakmen negeri yang sedia ada bagi memelihara kedudukan agama Islam terutama dalam isu kalimah Allah.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, menerusi enakmen sedia ada, jabatan agama Islam negeri mempunyai bidang kuasa bagi membendung kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap umat Islam selaras dengan fasal (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, difahamkan kebanyakan negeri telah pun mempunyai enakmen berkenaan, namun kecewa kerana penguatkuasaan tidak dilakukan terhadap isu-isu yang mencemarkan kemuliaan agama Islam serta sensiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Di Selangor misalannya, ada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, saya dimaklumkan enakmen yang dikuatkuasa pada 1990 itu melarang mana-mana pihak selain Islam daripada menggunakan kalimah Allah dan sesiapa melanggarnya boleh disabitkan kesalahan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment