My Add

Tuesday 8 January 2013

Najib lancar ETBS, sukuk runcit sulung DanaInfra

KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Januari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Bon Dagangan dan Sukuk (ETBS) dengan terbitan sukuk runcit sulung DanaInfra Nasional Bhd (DanaInfra), iaitu kelas aset baru di Bursa Malaysia.

ETBS dilancarkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan di Bursa Malaysia di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, ia sekali gus meletakkan Malaysia sebagai peneraju utama dalam pasaran sukuk dunia.

ETBS yang didagangkan di Bursa Malaysia disenaraikan sebagai sekuriti pendapatan tetap atau pun bon atau sukuk.

Pelaburan ini menawarkan pulangan yang ditetapkan terlebih dulu dalam bentuk kupon dan akan dibayar secara berkala.

Pada peringkat awal terbitan dan penyenaraian awam berkenaan, kadar pelaburan minimum adalah sebanyak RM1,000.

Dana dari terbitan sulung ETBS DanaInfra akan digunakan sebahagiannya bagi membiayai projek MRT.
Ia yang mengikut prinsip syariah dan dijamin kerajaan memberi peluang kepada pelabur runcit menyertai pelaburan dalam infrastruktur pengangkutan utama negara.

Perdana Menteri berkata, pelancaran bon itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia melabur dan memperoleh keuntungan dari pembangunan negara. - BH

No comments:

Post a Comment