My Add

Thursday 10 January 2013

Najib terima kunjungan hormat TPM Thailand

PUTRAJAYA, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Thailand, Dr Chalerm Yoobamrung di pejabatnya di Perdana Putra di sini.

Chalerm mengetuai delegasi tertinggi negara itu dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia bermula Selasa.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Duta Thailand ke Malaysia, Krit Kraichitti; Ketua Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Thailand, Lt Jen Paradorn Pattanathabutr dan Ketua Setiausaha Pusat Pentadbiran Sempadan Wilayah Selatan Thailand (SBPAC) Kol Polis, Tawee Sodsong.

Pertemuan antara Najib dan Chalerm itu berlangsung selama sejam.

Chalerm dan delegasi juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan melawat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, dekat sini.

Mereka dijangka berlepas pulang malam ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment