My Add

Thursday 10 January 2013

Seorang suspek lolos dikesan, dikepung di ladang kelapa sawit

TASEK GELUGOR, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Salah seorang daripada tujuh tahanan yang berjaya meloloskan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Sesyen Butterworth dari Penjara Pulau Pinang Isnin lalu dilihat membeli roti di stesen minyak Shell di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Penanti arah Kulim, awal pagi tadi.

Kawasan RnR itu terletak di Lebuhraya Butterworth-Kulim

Difahamkan, suspek datang melalui ladang kelapa sawit Kampung Tun Sardon, Penanti yang terletak bersebelahan dengan stesen minyak berkenaan.

Lelaki yang dikenalpasti sebagai Shahrimy Mohd Noor, 28, dilihat tergesa-gesa membeli dua buku roti dan air, kira-kira jam 2 pagi sebelum melarikan diri semula ke dalam ladang kelapa sawit.

Berikutan itu, polis melancarkan gerakan mengesan suspek di sekitar ladang kelapa sawit melalui jalan darat dan udara. - BH

No comments:

Post a Comment