My Add

Tuesday 29 January 2013

Nasharudin akan terus berjuang


Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Januari, 2013: Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang dipecat sebagai ahli Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lalu menyatakan komitmennya untuk meneruskan perjuangan mendaulatkan Islam sama ada berjawatan atau pun tidak.

Sambil mengakui belum menerima sebarang surat berhubung pemecatannya itu, Nasharudin menegaskan, beliau akan terus memberikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan agama yang suci itu.

Beliau menjelaskan, jawatannya sebagai ahli Majlis Syura Ulama Pas merupakan lantikan parti dan bukan pilihannya, sehubungan itu, Pas berhak mengambil semula jawatan tersebut.

''Berorganisasi hanyalah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan,'' katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment