My Add

Tuesday 29 January 2013

Nik Aziz sahkan Nasharudin tidak dicalonkan

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KOTA BHARU, ISNIN, 28 Januari, 2013: Selepas dipecat daripada Majlis Syura Ulama, masa depan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa bersama parti itu semakin menjadi tanda tanya apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan nama pemimpin itu tiada dalam senarai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Mursyidul Am Pas itu berkata, nama Ahli Parlimen Bachok itu tidak dicalonkan oleh Pas kawasannya sendiri dan sekali gus menandakan Nasharudin tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.

"Nama dia tiada dalam pencalonan kawasan," kata Nik Abdul Aziz ringkas ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemecatan Nasharudin adalah sebagai peringatan kepada ahli-ahli Pas yang lain agar bertindak lebih cermat selepas ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment