Nik Aziz sokong Hadi muncul di TV
KOTA BAHARU, ISNIN, 31 Disember, 2012: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyambut baik kesediaan RTM memenuhi permintaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Awang untuk menjawab mengenai amanatnya 31 tahun dahulu yang dikaitkan dengan gejala perpecahan umat Islam di negara.
Haji Hadi wajar diberi peluang menjelaskan apa yang menimbulkan persoalan berhubung isu itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa RTM bersedia memenuhi permintaan Hadi untuk muncul di RTM berhubung isu Amanat Haji Hadi pada 1981 yang dikaitkan dengan perbuatan seperti sembahyang dua imam dan menolak sembelihan orang UMNO.
Rais berkata, bagaimanapun Hadi harus muncul di televisyen dalam bentuk forum yang disertai beberapa orang tokoh agama seperti Mufti dan bukan seorang diri.
Hadi kelmarin meminta membuat penjelasan di televisyen setelah membisu terhadap desakan semakin hebat beberapa pertubuhan bukan kerajaan, bekas anggota Pas dan tokoh agama supaya beliau menarik balik amanatnya kerana menurut mereka ianya mencetuskan gejala seperti mengkafirkan sesama Islam dan perceraian pasangan berlainan fahaman politik di negara ini.
Nik Aziz juga menawarkan diri untuk memberi penjelasan menerusi televisyen berhubung kenyataannya mengapa Pas menentang UMNO. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment