Anwar perlu nyatakan pendirian
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Disember, 2012: Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar menyatakan pendirian beliau berhubung kebiadapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan semula isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.
Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, pendirian Ketua Pembangkang itu amat penting kerana berkemungkinan Setiausaha Agung DAP itu lebih mendengar suara Anwar berbanding pemimpin Pas yang disifatkan hanya seperti 'anjing menyalak bukit'.
"Walaupun ada beberapa pemimpin Pas yang membantah isu ini, sudah dijangkakan Guan Eng tidak akan mempedulikannya.
"Oleh itu, Anwar sahaja yang diharapkan untuk menggalas tanggungjawab menegur Guan Eng jika benar beliau seorang pemimpin Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment