My Add

Tuesday, 1 January 2013

Nizar beri keterangan Rabu

KUALA LUMPUR ISNIN, 31 Disember, 2012: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akan memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes saman fitnah RM50 juta terhadap Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) di Mahkamah Tinggi di sini yang bermula pada Rabu ini.

Kes saman tersebut berhubung penyiaran berita di saluran televisyen swasta itu berkaitan isu nombor pendaftaran WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Peguam-peguam, Mohd. Fitri Asmuni dan Mohd. Zamri Ibrahim yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu memaklumkan, perbicaraan tersebut akan didengar oleh Hakim Datin Yeoh Wee Siam pada 2 dan 4 Januari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment