My Add

Friday 11 January 2013

Orang Asli serah memorandum bantahan

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KOTA BHARU, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Seramai 115 penduduk Orang Asli Temiar dari Pos Balar dan Pos Belatim di Gua Musang berkumpul di hadapan Pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini bagi membantah tindakan Perbadanan Ladang Rakyat (Ladang Rakyat) menceroboh kira-kira 4,000 hektar tanah adat mereka sejak 2010.

Kumpulan itu yang diketuai Kamal Alek, 27, hadir untuk berjumpa Nik Abdul Aziz kira-kira pukul 12.30 tengah hari bagi menyerahkan memorandum bantahan itu, namun gagal berbuat demikian kerana dihalang daripada memasuki bangunan itu.

Nik Abdul Aziz sebaliknya diwakili Pegawai Khas beliau, Zawawi Mohamed untuk berjumpa dengan kumpulan Orang Asli itu di luar pagar bangunan berhampiran pos pengawal dan mengambil dokumen tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment