My Add

Saturday 19 January 2013

Pampasan buruh paksa: Jepun minta pihak buat dakwaan palsu dikena tindakan

IPOH: K, SABTU, 19 Januari, 2013erajaan Jepun meminta Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap pihak membuat dakwaan palsu berhubung pembayaran pampasan RM207 bilion kepada mangsa buruh paksa di Thailand ketika Perang Dunia Kedua dahulu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata perkara itu terkandung dalam surat dihantar Pejabat Kedutaan negara itu kepada Malaysia.

Katanya, pihak terbabit turut memalsukan memo yang dikeluarkan seorang pegawai Perbendaharaan yang sudah berpencen berhubung pembayaran pampasan itu sedangkan ia tidak benar.

"Mengenai memo tu kita sudah buat laporan polis dan kita harap polis mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kaunter Servis Barisan Nasional (BN) Tambun di Pejabat UMNO Bahagian Tambun di sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment