My Add

Thursday 17 January 2013

Pas dakwa kemelut selesai

Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR, RABU, 16 Januari, 2013: Dewan Ulama Pas menganggap kemelut antara golongan ulama dan pucuk pimpinan parti ekoran pendirian berbeza dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, sudah selesai.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, golongan ulama dalam Pas menyokong sepenuhnya pendirian terbaharu Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu kalimah Allah hanya untuk orang Islam.

Beliau turut menafikan desas-desus bahawa berlaku ketegangan antara golongan ulama dan kepimpinan Pas apabila beberapa anggota majlis itu memberi kata dua termasuk untuk keluar parti pada mesyuarat Ahad lalu menyebabkan Nik Aziz terpaksa menukar pendirian.

"Isu ini sudah selesai. Tiada masalah antara ulama dan pemimpin dalam Pas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

 

No comments:

Post a Comment