My Add

Thursday 17 January 2013

Karpal digesa nyatakan pendirian DAP isu kalimah Allah

KUALA LUMPUR, RABU, 16 Januari, 2013: Pengerusi DAP, Karpal Singh didesak segera menyatakan pendirian parti itu berhubung kontroversi penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, beliau hairan kerana sehingga hari ini, Karpal tidak tampil menyatakan pendirian parti itu berhubung perkara tersebut.

"Adakah Karpal mendiamkan diri kerana diarah senyap, takut atau sengaja mahu lari daripada tanggungjawab memberi sebarang penjelasan tentang perkara ini? Ini adalah isu yang sangat besar.

"Bukankah Karpal seorang pemimpin yang tegas dengan pendirian beliau serta parti? Mengapa kini mendiamkan diri? Guan Eng telah mencetuskan keadaan tidak harmoni dengan sengaja mencampuri urusan politik dan agama dan menjadi tanggungjawab beliau memperbetulkan keadaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment