My Add

Saturday 26 January 2013

Pas perlu lupakan kerjasama PKR

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Sudah tiba masanya Pas melupakan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak memahami perjuangan dan aspirasi Islam.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim (gambar) berkata, tiada gunanya Pas berada dalam pakatan jika PKR tidak sehaluan dengan parti itu dalam memperjuangkan agama Islam, malah dilihat lebih menyebelahi DAP.

"Hampir keseluruhan ahli dan pemimpin Pas bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama tentang penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam.

"Jadi persoalan di sini, apa pula pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kali ini? Adakah beliau akan akur dengan pendirian kekal pakatan pembangkang yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah atau menyokong keputusan Majlis Syura Ulama Pas?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment