My Add

Saturday 26 January 2013

Pas tidak boleh paksa DAP, PKR
KOTA BHARU, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Biarpun DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat enggan menghormati keputusan Majlis Syura Ulama Pas tentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, sayap parti itu masih mampu berlembut dengan sekutu mereka biarpun mengakui sudah banyak kali berlaku pertembungan.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti itu tidak boleh memaksa pihak dalam pakatan pembangkang menerima keputusan Pas kerana amalan demokrasi membenarkan perbezaan pandangan.

Sehubungan itu, katanya, tidak timbul isu Pas perlu membuat desakan kepada PKR dan DAP ataupun mengambil langkah keluar daripada pakatan pembangkang kerana perbezaan yang timbul itu boleh diselesaikan melalui kaedah diskusi dan penerangan.

Bagaimanapun katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mesti mengambil tindakan ke atas pihak dalam Pas sendiri jika masih mengeluarkan pandangan yang bertentangan dengan keputusan Majlis Syura. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment