My Add

Friday 11 January 2013

PBPM nafi seru bekas polis hadir Himpunan Shamsidar

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Januari, 2013: KAIN pemidang yang dipasang di sebuah taman perumahan di ibu negara bagi mempromosikan perhimpunan Shamsidar anjuran pakatan pembangkang memaparkan lokasi berlainan daripada Stadium Merdeka yang telah diluluskan, sebaliknya menyatakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan.

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) menafikan pihaknya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya menyeru ahli-ahli untuk hadir ke Himpunan Shamsidar esok.

Sehubungan itu, semua ahli PBPM dan bekas polis diminta supaya tidak terpengaruh dengan penyebaran SMS tersebut.

Presidennya, Shafie Bakri menegaskan, PBPM tidak pernah meminta ahli persatuan untuk hadir ke perhimpunan yang tidak memberi manfaat, sebaliknya memudaratkan rakyat dan negara.

"Penyebaran SMS palsu itu mungkin dilakukan bagi menarik kehadiran bekas polis ke perhimpunan tersebut dan seterusnya mencemarkan imej pasukan polis serta persatuan.

"Saya yakin majoriti bekas anggota polis tidak akan terpengaruh dan seterusnya menghadirkan diri ke perhimpunan itu nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment