My Add

Friday 11 January 2013

Pendirian Dewan Ulama Pas tepat-Nooh Gadut

*NOOH Gadut (kiri) menyokong kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr. Haron Din yang tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain. Nooh juga meminta mana-mana umat Islam yang menyelewengkan penggunaan kalimah Allah supaya segera bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadah.

KUALA LUMPUR, JUMAAT,  11 Januari, 2013: Dewan Ulama Pas membuat pendirian yang tepat apabila secara konsisten menegaskan bahawa kalimah Allah hanya khusus bagi agama Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut berkata, pendirian Dewan Ulama Pas itu adalah selaras dengan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh golongan ulama dalam mempertahankan akidah Islam.
,
“Saya juga bersetuju dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain.

“Mana-mana umat Islam yang terbabit dalam menyelewengkan penggunaan kalimah Allah wajib bertaubat dan segera mengucap dua kalimah syahadah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Pas bersama dua parti sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bersetuju orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dengan syarat kalimah itu tidak disalahgunakan.

Bagaimanapun, golongan ulama dalam parti itu termasuk Haron; Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib; Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tetap menyatakan pendirian mereka bahawa kalimah Allah hanya untuk agama Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment