My Add

Sunday 6 January 2013

PBT kaji keperluan tubuh unit cerun

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Januari, 2013: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengkaji keperluan untuk mewujudkan unit cerun bagi memantau tragedi tanah runtuh yang berlaku di negara ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (gambar) berkata, langkah itu penting bagi memastikan setiap PBT turut dilengkapi dengan jurutera dan ahli geologi untuk menyelenggara kawasan-kawasan cerun yang berisiko tinggi.

Ini kerana katanya, pada masa ini, hanya sebahagian kecil PBT yang memiliki unit itu termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

“Kita amat memerlukan lebih ramai pegawai teknikal untuk memantau keadaan cerun kerana jumlah yang ada di Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika ini hanyalah seramai 34 orang dan hakikatnya, tidak mencukupi untuk memantau keadaan di seluruh negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment