My Add

Sunday 6 January 2013

RM45 juta bantuan persekolahan pelajar di Perak

 *MUHYIDDIN Yassin disambut oleh guru serta pegawai pelajaran dalam majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor 2, Tapah, Perak, semalam.

TAPAH, SABTU, 05 Januari, 2013: Pencapaian Malaysia yang semakin hebat dan hampir lebih baik daripada negara maju di dunia dalam pelbagai sektor serta diiktiraf banyak badan antarabangsa adalah hasil dasar kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kejayaan tersebut tidak akan tercapai tanpa usaha serta kebijaksanaan pemimpin mengatur, menyusun dan melaksanakan dasar perancangan sambil diperkukuhkan dengan sokongan padu rakyat.

"Sebab itu, kita mahu sistem pendidikan negara diperkukuhkan kerana dunia kini sudah berubah. Tuntutan untuk kita bersaing jauh lebih hebat berbanding dahulu kerana ilmu biasa tidak mencukupi.

"Sistem yang kita bangunkan lebih 50 tahun dan terbukti baik tidak memadai dan maka itu, kita kaji balik. Selepas setahun kita mengambil inisiatif ini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 kita sekarang berada di peringkat pemurniaan dan lusa ia akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Sepetang Bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kelab guru dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia seluruh Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor 2 dekat sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin turut menyampaikan replika cek bernilai RM45 juta daripada kerajaan Pusat untuk bantuan persekolahan pelajar di negeri ini, geran bernilai RM4.2 juta daripada kerajaan negeri untuk PIBG dan kelab guru serta RM50,000 kepada Majlis Belia Perak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment