My Add

Tuesday 1 January 2013

Pembinaan tak ikut spesifikasi - Pensyarah

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Disember, 2012: Seorang pensyarah matematik kejuruteraan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, percaya kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini Jumaat lalu, berpunca daripada pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi.

Prof. Dr. Zuhaimy Ismail memberitahu, berdasarkan pemerhatiannya, kawasan itu sewajarnya dibina berkonsepkan empangan dan bukannya benteng atau selimut simen tanpa jaringan konkrit.

Beliau berkata, selain itu, empangan yang dibina juga perlu lebih lebar dan tebal berbanding atas.

"Runtuhan yang berlaku menunjukkan binaan itu hanyalah selimut simen nipis yang tidak pun mengandungi jaringan.

"Saya percaya jika mengikut kiraan matematik dan spesifikasi kejuruteraan yang sebenar maka kejadian sedemikian tidak mungkin berlaku. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment