My Add

Tuesday 1 January 2013

Suami isteri dan anak maut

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM

*KEADAAN kereta jenis Proton Perdana (kiri) dan Proton Gen2 yang dinaiki tiga beranak terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 17 Jalan Lipis-Benta di Kuala Lipis, semalam.

KUALA LIPIS, ISNIN, 31 Disember, 2012: Tiga beranak termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 17 Jalan Lipis-Benta, berhampiran Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, mangsa ialah pemandu kereta Proton Gen2 itu, Mohamed Abdul Hadi Sattar, 30, isterinya, Najihah Ahmad Kamal, 31, dan anak mereka, Mohamad Ammar Haziq.

Pemandu sebuah lagi kereta jenis Proton Perdana yang juga seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Kuala Lumpur dikenali sebagai Mohamad Ridzuan patah kedua-dua kaki dan tangan kanan selain cedera di bahagian muka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment